Sunday, January 23, 2011

Home Based Job / Kerja Di Rumah

List of proven programs that generate passive income

1. Home Online Jobs

Sunday, January 02, 2011

Muslim Sekular

Seorang muslim sekular selalunya lebih cenderung kepada demokrasi sekular moden dan memisahkan agama dan negara, dan ini bertentangan dengan fahaman Islam sebagai gerakan politik.

Seorang muslim sekular biasanya masih mengamalkan Islam secara peribadi tetapi tidak bersetuju penguatkuasaan undang-undang Syariah dalam masyarakat. Terdapat banyak bangsa dan negara yang sekular walaupun tinggal di sebuah negara Islam, atau sebaliknya (negara sekular dengan penduduk Muslim yang alim).

Sekularisme berasaskan pemisahan agama daripada semua hal-hal duniawi. Sekularisme menolak peraturan Syariah dan lebih suka peraturan selain daripada Syariah. Penyokong sekularisme mendakwa bahawa undang-undang Tuhan sesuai sewaktu ia diwahyukan dan tidak sesuai lagi pada masa kini.

Tradisi kuat sekularisme di Turki bermula sejak seabad yang lepas. Republik Turki adalah sebuah negara sekular sejak 1937 di bawah idealogi Kemalis dan pembaharuan Ataturk. Walaupun masih banyak penduduknya yang patuh pada ajaran Islam, negara ini tidak mempunyai agama rasmi ataupun mempromosikan mana-mana agama, dan ia secara aktif memantau kegiatan keagamaan.

Perlembaggan Turki menegaskan negara itu sebagai sebuah negara republik sekular dan demokratik. Sewaktu pilihan raya presiden pada tahun 2007, para sekularis bimbang sekiranya presiden terpilih daripada parti AK-sebuah parti dengan akar umbi Islam. Ia akan menggugat peraturan sekular Turki.

Pencalonan Abdullah Gul menakutkan mereka kerana Presiden Turki merupakan panglima besar tentera dan mempunyai veto. Pemimpin ketenteraan Turki pada masa lepas telah menyatakan bahawa mereka menolak untuk melaway istana presiden jika seorang wanita memakai tudung tinggal di dalamnya.

Pemisahan di antara agama dan negara merupakan doktrin politik dan perundangan bahawa institusi kerajaan dan agama hendaklah dipisahkan dan bebas daripada pengaruh masing-masing. Istilah ini selalu digunakan untuk merujuk kepada gabungan dua prinsip; kesekularan kerajaan dan kebebasan mengamalkan agama.

Frasa pemisahan di antara gereja dan negara secara umum mula digunakan dalam surat yang ditulis oleh Thomas Jefferson pada tahun 1802 kepada penganut baptis Danburry, di mana beliau merujuk kepada Pindaan PertamaPerlembagaan Amerika Syarikat yang mewujudkan 'dinding pemisahan' di antara gereja dan negara.

Frasa ini disebut dalam Mahkamah Agong Amerika Syarikat pertama kali pada tahun 1878, dan dalam beberapa siri kes bermula pada tahun 1948. Ini membawa kepada kepopularan dan diskusi politik mengenai konsepnya.

Konsep ini diambil oleh banyak negara dalam bentuk yang pelbagai daripada struktur perundangan yang dipakai kepada pandangan tentang tugas agama dalam masyarakat. Prinsip yang sama seperti 'laicite' juga diguna pakai di Perancis dan Turki sementara beberapa negara sekular seperti Norway masih mengekalkan agama rasmi dalam perlembagaan. Konsep ini selari dengan idea-idea sosial dan politik lain termasuk sekularisme, kebebasan beragama dan pluralisme.